Wang Panas

Saturday, January 29, 2011

Kanak-kanak : Keracunan

Pengenalan

Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah.
Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Sumber-sumber racun yang biasa terdapat di rumah:
  • Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol)
  • Ubat-ubatan
  • Racun serangga, racun rumpai
  • Bahan pencuci, pengilat, kaustik
klorox






Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?

  • Bersihkan racun dari mata, kulit dan mulut anak anda
  • Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk)
Mata
  • Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka
  • Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun.
Kulit
  • Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
  • Tanggalkan pakaian yang terkena racun.

Mulut
  • Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
  • Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.

Jika terdedah kepada gas atau asap:
  • Pastikan anak anda mendapat udara segar.
  • Longgarkan semua pakaian.
  • Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
  • Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
  • Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat dari keracunan minyah tanah / asid / alkali.
  • Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.
  • Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.

Pencegahan

  • Awasi anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan labelkan bekas tersebut.
  • Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
  • Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
  • Kendalikan makanan dengan selamat - sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
  • Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan anak anda keliru dan meminumnya.

Friday, January 28, 2011

Kanak-kanak : Hampir Lemas



Pengenalan

Lemas senang berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa.
lemas

Tanda & gejala

Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.

Komplikasi

Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.

Rawatan

Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas.

Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi. Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keterukan ini termasuklah :
  1. Terapi penafasan melalui bantuan oksigen
  2. Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub bagi membolehkan paru-paru berkembang
  3. Meningkatkan kandungan glukos dan oksigen di otak bagi mengurangkan kerosakan otak kekal
  4. Rawatan-rawatan terhadap komplikasi yang lain

Pencegahan

  1. Di rumah
    • Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi sungai/parit/kolam.
    • Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan/tanpa awasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
    • Kosongkan bekas air jika tidak digunakan.
    • Tutup takungan/bekas air samada di dalam atau di luar rumah.
  2. Di kolam renang
    • Nasihatkan anak anda agar tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada dalam air.
    • Pastikan terdapat pengawal keselamatan yang berkelayakan bertugas semasa berenang. Sekiranya tiada, jangan biarkan anak anda berseorangan.
    • Pagarkan kolam renang rumah anda.
    • Gunakan pelampung semasa berenang atau semasa berada di atas bot/skuter air/papan luncur.
    • Gunakan topi renang semasa berenang bagi mengelakkan rambut tersedut ke dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang.
    • Pastikan saluran penyedup kolam ditutup bagi mengelakkan sedutan berlaku.
  3. Kawasan Takungan Air yang Lain
    • Ajar anak kecil /remaja anda mengenai tanda-tanda bahaya di kawasan larangan tanpa pengawasan orang dewasa. Nasihatkan anak-anak remaja jangan menerima cabaran daripada kawan-kawan.
    • Beri amaran bahaya bermain berhampiran parit / longkang yang besar.
    • Pelajarilah cara-cara pemulihan pernafasan resusitasi jantung.

Peraturan-peraturan berenang yang perlu dipatuhi oleh anak anda :
  • Pastikan kanak-kanak berenang bersama kawan-kawan atau ibubapa.
  • Jangan terjun menjunam ke dalam air.
  • Jangan menolak atau terjun ke atas orang lain.
  • Bersedia dalam apa jua keadaan kecemasan.

Thursday, January 27, 2011

Kanak-kanak : Jatuh

Jatuh



Pengenalan

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun lebih cenderung untuk sedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka. Jatuh boleh berlaku di mana sahaja.
  1. Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
    1. Perabot
    2. Tangga
    3. Beranda
    4. 'Walker' baby
  2. Di kawasan luar rumah. Contohnya :
    1. Di padang permainan.
    2. Semasa menggunakan alat-alat permainan.

Kecederaan akibat jatuh

Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti kecederaan :
  • Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
  • Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
  • Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
  • Organ dalaman.

Kesan Serius Akibat Jatuh

Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan pertumbuhan terbantut. Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan

Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
  • Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat air penahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan kawasan cedera.
  • Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari untuk beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan. Balut dengan kain bersih.
  • Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk menggantung tulang yang patah pada anggota badan yang atas.
  • Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
  • Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.

Pencegahan

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :

Tangga
  • Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
  • Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
  • Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
jatuh2
Lantai
  • Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang tidak berselerak di lantai.
  • Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin.

Susunan perabot
  • Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
  • Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.

Wednesday, January 26, 2011

kanak-kanak : Melecur dan Melepuh

Terbakar



Pengenalan

Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.

Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
  • Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
  • Objek panas seperti sterika, dapur.
  • Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
  • Kebakaran bahan kima yang menghakis.
  • Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
  • Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.

Tanda dan gejala

Melecur terbahagi kepada :
  • Permukaan Kulit
    • Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
  • Kulit Dalam
    • Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
  • Keseluruhan Kulit
    • Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.


Terbakar
Terbakar Kulit Dalam


Komplikasi

Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :
  • Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
  • Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.

Rawatan

Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
  • Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
  • Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 30 minit.
  • Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
  • Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
  • Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
  • Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
  • Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.

Rawatan lanjutan perlu diambil sekiranya :
  • Keseluruhan kulit terbakar.
  • Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
  • Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
  • Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
  • Melecur akibat renjatan elektrik.
  • Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.

Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.

Pencegahan

  • Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
  • Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
  • Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
  • Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
  • Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
  • Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
  • Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.

Pemulihan

  • Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
  • Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan plastik.

Tuesday, January 25, 2011

Tercekik dalam kalangan kanak-kanak



Pengenalan

Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
tercekik

Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik

Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
  • Sesak nafas secara tiba-tiba.
  • Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
  • Menggenggam kerongkong.
  • Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan. .
  • Bernafas dengan cepat.
  • Lubang hidung mengembang setiap kali bernafas.
  • Pengsan.
  • Berhenti bernafas.

Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :
  • Batuk yang berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada tanda.

Komplikasi

  • Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
  • Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
  • Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik?

Langkah-langkah jika anak anda tercekik :
  1. LAKUKAN :
    • Tunggu sehingga mangsa batuk.
    • Minta bantuan.
    • Buka mulut mereka perlahan-lahan - keluarkan objek jika jelas kelihatan.
    • Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
  2. JANGAN :
    • Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
    • Mendongakkan kepala mangsa.

Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.

BAGI KANAK-KANAK DEWASA
  • Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
  • Posisikan badan anda di belakang mereka.
  • Lakukan Heimlich Manouvre.

Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).

Langkah-langkah pencegahan :

  • Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
  • Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
  • Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
  • Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
  • Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
  • Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.

Monday, January 24, 2011

Usaha pengurangan pengambilan gula

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula?

  • Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat, bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan  sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
  • Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik"; rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer; serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen. Selain daripada itu perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Usaha ini sedang diteruskan bagi memastikan peningkatan produk sebegini di pasaran.
  • Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml. Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 ml.  Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
  • Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara sihat yang dikenali sebagai "5M" telah dijalankan. "Mengurangkan Gula" merupakan salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini.
  • Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan aktiviti pendidikan melalui media masa dan melalui beberapa setting seperti Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri. Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di dalam Panduan Diet Malaysia.
  • Perkhidmatan runding cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51 jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini. Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menempatkan Pegawai Zat Makanan di semua klinik kesihatan.

Apakah tujuan kempen kurangkan gula 2010?

  • Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.
  • Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara.

Kandungan gula tambahan dalam beberapa contoh makanan dan minuman

Kandungan gula dalam beberapa contoh kuih tempatan
Jenis Berat (g) bagi  setiap satu Kandungan gula (g) bagi setiap satu Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Kuih koci
40-50
10-13
2 ¼
Kuih keria
55-65
10-13
2 ¼
Seri muka
110-120
10-13
2 ¼
Donat
45-55
7-10
1 ¾
Kuih lapis
120-140
5-7
1 ¼
Lepat pisang
65-75
10-13
2 ¼
Puding jagung
70-80
7-10
1 ¾
Bingka ubi kayu
70-90
18-25
4 ¼
Sumber : Panduan Diet Malaysia, 2010

Kandungan gula dalam beberapa contoh  minuman berbungkus
Jenis Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml) Kandungan gula (g) per kotak/ tin/ botol Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Minuman isotonik
240
16
3 ¼
Minuman berkarbonat
240
25
5
Minuman soya
300
28
5 ½  
Minuman teh
240
28
5 ½   
Minuman blackcurrant
300
35
7
Minuman laici
300
33
6 ½  
Minuman teh bunga
300
21
4 ¼
Minuman cincau
300
27
5 ½  
Minuman tenaga
330
59
11 ¾
Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan (Tinjauan Pasaran, Januari 2010)


Pengedaran Gula Domestik dan Industri (Metrik Tan)
bagi Tahun 2004 hingga 2009

Tahun
Pengedaran Gula (Metrik Tan)
Domestik
Industri
2004
651,973.12
306,895.34
2005
701,172.96
326,333.16
2006
735,114.06
358,310.44
2007
753,219.61
386,225.04
2008
787,700.03
397,745.12
2009
806,381.88
474,801.16
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, 2010
7 Langkah bijak mengurangkan gula
  1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
  6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  7. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
SUMBER ARTIKEL

Sunday, January 23, 2011

Kesan Gula berlebihan

Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?

  • Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu:
  • 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya  seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
  • Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
  • Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
Kesan ekonomi kepada pengendali makanan
  • Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram  gula  adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula.
  • Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau 1 sen.
  • Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun! 
SUMBER ARTIKEL

Saturday, January 22, 2011

saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengambilan gula

Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?

Saranan utama 1
  1. Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
  1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
  4. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
  5. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
  1. Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
  1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
  2. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
  4. Periksa kandungan gula dalam label minuman.
  5. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
  6. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)\

SUMBER ARTIKEL

Friday, January 21, 2011

Pengambilan gula di Malaysia

Apakah corak pengambilan gula di Malaysia? 

  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g)  gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.

Apakah corak pengeluaran gula di Malaysia?

  • Data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa pengedaran gula di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada 651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun 2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada 306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun 2009. Data ini menunjukkan bahawa pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan oleh harga gula yang murah.

Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?

  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5%  (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

SUMBER ARTIKEL

Thursday, January 20, 2011

Fakta Mengenai Gula

Apakah Gula? 

  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
  • Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

Apakah saranan pengambilan gula tambahan?

  • WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
  • Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
SUMBER ARTIKEL

Andropos

Apakah itu Andropos?

Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen di kalangan lelaki berusia) .
Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
  • Ia berlaku secara perlahan-lahan
  • Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopaus dan penurunan hormon testosteron (hormon estrogen dalam wanita)

Apakah itu hormon testosteron?

  • Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  • Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Berapa kerapkah andropos berlaku?

Andropos agak kerap berlaku.
Kejadian di kalangan lelaki dianggarkan:
  • 2%-5% semasa berumur 40 - 49
  • 6% - 30% semasa berumur 50 - 59
  • 20% - 45% semasa berumur 60 - 69
  • 34% - 70% semasa berumur 70 - 79
  • 91% bila berumur 80 ke atas

Bagaimana saya tahu saya mengalami andropos?

Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
  • Masalah ketegangan zakar
  • Nafsu seks rendah
  • Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
  • Masalah tidur
  • Bulu-bulu tubuh berkurang
  • Saiz dan kekuatan otot berkurang
  • Peningkatan lemak tubuh
  • Hilang daya ingatan
  • Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  • Daya tumpuan yang lemah
Tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan keterukan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan jika saya ingin mengetahui status saya?

  • Ujian hormon tetosteron boleh dilakukan di hospital.
  • Jika paras hormon kurang 200ng/dL lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah.
  • Jika paras nya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormon testosteron bolehlah dipastikan.

Apakah terapi gantian hormon?

Andropos boleh dirawat dengan hormon testosteron dalam bentuk:
  • Pil
  • Suntikan
  • Pellet jangka tidak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan
  • Tampalan
  • Jeli
Apabila dimulakan, ia perlu diambil seumur hidup.

Apakah penilaian yang perlu dijalankan sebelum memulakan terapi gantian hormon?

Penilaian perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon:
  • Pemeriksaan asas urology
  • Ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA)
  • Ujian lemak
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian analisa sel-sel darah/kepekatan darah
Testosteron meransang pembesaran kelenjar prostat dan menerukkan kanser prostat yang telah ada. Oleh itu ujian PSA perlu di lakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon dan 6 bulan selepas itu.

Apakah kesan-kesan sampingan terapi gantian hormon?

Lelaki yang mempunyai kanser payudara dan kanser prostate tidak sesuai untuk terapi gantian hormon kerana testosteron akan menyebabkan kanser. Kanser ini membesar dengan cepat.
Kesan-kesan sampingan lain:
  • Bengkak kaki, menerukkan tekanan darah tinggi
  • Masalah hati
  • Masalah kesuburan- pengeluaran sperma berkurangan
  • Masalah tidur seperti pernafasan yang berhenti untuk jangkamasa lama semasa tidur
  • Pembesaran payudara
  • Peningkatan kepekatan sel darah merah
  • Saiz prostat semakin membesar

Bagaimanakah keberkesanan terapi gentian hormon?

Terapi gantian hormon testosteron boleh memperbaiki tisu tulang, tisu otot, kekuatan dan ketegangan zakar pada waktu malam .
Tetapi kesan ke atas fungsi seksual dan perasaan masih tidak jelas dan mungkin berguna untuk sesetengah lelaki.

Apa yang akan dilakukan oleh doktor semasa rawatan susulan?

Anda perlu mengikuti rawatan susulan supaya doktor dapat memantau:
  • Dos tetosteron
  • Kesan sampingan
  • Ujian darah berkala

Di manakah khidmat bantuan boleh didapati?

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda andropos, anda boleh berjumpa anggota kesihatan professional (Klinik Kesihatan, klinik LPPKN, klinik Persatuan Perancang Keluarga) untuk nasihat dan pemeriksaan.
Anda mungkin di rujuk ke klinik Urologi jika memerlukan terapi gentian hormon.

SUMBER ARTIKEL

Wednesday, January 19, 2011

Menopaus


 Apa itu menopaus?

  • Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
  • Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
  • Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap

Bila menopaus berlaku?

Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopaus berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopaus awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopaus yang mungkin disebabkan oleh :
  • Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
  • Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
  • Penyakit keturunan, contoh,: Familial ovarian failure dan galactosaemia
  • Jangkitan viral
  • Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopaus?

Tanda-tanda menopaus terbahagi kepada:
  1. Gejala vasomotor
    • Panas dan kemerahan di muka
    • Berpeluh
    • Denyutan jantung yang laju
    • Serangan kegugupan (panik)
    • Susah tidur

  2. Gejala mental
    • Emosi yang berubah-ubah
    • Suasana perasaan yang berubah-ubah
    • Keletihan
    • Kurang daya ingatan
    • Mudah tersinggung
    • Kurang daya seks

  3. Gejala saluran kencing/Urogenital
    • Kekeringan faraj
    • Kerap kencing
    • Kencing tidak terkawal

  4. Penyakit tulang
    • Tulang menipis (osteoporosis)
    • Ketinggian badan mengurang
    • Kepatahan tulang

  5. Lain-lain gejala
    • Kulit menipis ( atrophy )
    • Kehilangan anjalan kulit
    • Kulit kering
    • Rambut bertambah gugur
    • Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan di muka?

85% wanita yang menopaus mengalami keadaan panas dan kemerahan di muka:
  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular ke leher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • Boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopaus?

  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh )
  • Angin ahmar ( strok )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopaus?

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopaus yang tidak disenangi. Ini termasuk:
Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopaus dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan di muka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masalah kerap kencing, kencing tidak terkawal.
Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin.
Hormon-hormon ini boleh didapati dalam bentuk:
  • Krim faraj
  • Menanam
  • Pil
  • Suntikan
  • Tampalan
  • Memasukan alat vaginal ring

Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?

Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:

Bolehkah HRT menyebabkan barah payudara?

Risiko barah payudara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT

Apakah kesan sampingan HRT?

Kesan sampingannya termasuk:
  • Kesan sampingan ringan:
    • Payu dara sakit bila disentuh
    • Kekejangan
    • Membengkak
    • Murung
    • Loya dan muntah
    • Sakit kepala
    • Pendarahan dari faraj
  • Kesan sampingan berat:
    • Barah payu dara
    • Serangan sakit jantung
    • Angin ahmar (strok)
    • Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak
Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?

HRT tidak sesuai digunakan:
  • Mengandung
  • Penyakit hati yang aktif
  • Disyaki barah payu dara atau rahim
  • Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Di mana untuk mendapatkan bantuan?

Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.

SUMBER ARTIKEL

Tuesday, January 18, 2011

Informasi Tentang Akil Baligh Untuk lelaki dan Perempuan


Pengenalan

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.
Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :
  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
    serta suara yang lebih garau
  • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh
Untuk perempuan :
  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
    punggung membesar
  • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
    akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.
Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat.
Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
  • Nutrisi yang lebih baik
  • Stres
  • Bahan kimia di dalam makanan
Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?
Ia bukanlah buruk mahupun baik.
Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan
yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti
merokok, mengandung dan lumba haram.

Apakah peringkat akil baligh saya?

Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali
sebagai Peringkat Tanner.
Tahap Tanner :

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

Lelaki - Bulu kemaluan

male - bulu kemaluan

Perempuan - Payudara

perempuan - payudara

Perempuan - Bulu kemaluan

perempuan - bulu kemaluan

Adakah saya mempunyai masalah tentang akil baligh?

Akil baligh yang tidak normal
Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.


Monday, January 17, 2011

Bayi Pramatang

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?

Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.

Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

  • Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
  • Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu.
  • Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
  • Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan Untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.

Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.

Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:
  • Mengawal suhu badan
    • Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti yang dalam gambar)


  • Memeriksa tahap gula dalam badan
    • Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
  • Pembekalan Nutrisi
    • Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
  • Mengelakkan dari jangkitan
    • Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.
Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :
  • Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
  • Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
  • Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
  • Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
  • Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
  • Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
  • Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
  • Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.
Isu Etika
  • Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar.
  • Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan <26 minggu dan berat badan < 800gm) dan sangat tenat.(contoh mengalami perdarahan otak yang teruk).
  • Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :
  • Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
  • Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
  • Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
  • Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:
  • Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
  • Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
  • Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:
  • Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
  • Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
  • Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
  • Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:
  • Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
  • Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:
  • Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.
  • Pendidikan khas 
SUMBER ARTIKEL

Sunday, January 16, 2011

Pengurusan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Mellitus

Pengenalan

Objektif pengurusan pemakanan;
  • Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal
  • Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
  • Untuk mengelakkan komplikasi diabetis
Terdapat tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetis mellitus:

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan

  • Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
  • Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
  • Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau)
  • Gula-gula, kuih manis, kek, coklat.
  • Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis.
  • Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan

Item Makanan
Bijirin dan hasil bijirin
  • Nasi
  • Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis
  • Pasta/ makaroni/ spageti
  • Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa
  • Capati / Roti Canai / Tosai
  • Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek
Kekacang
  • Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal
Susu dan hasil susu
  • Susu segar
  • Susu penuh krim
  • Susu rendah lemak
  • Susu tanpa lemak
  • Susu sejat
  • Low Fat Yogurt
  • Keju
Buah-buahan
  • Epal / limau / lai/ pir
  • Pisang
  • Mangga / belimbing
  • Langsat / longan/ anggur
  • Rambutan/ laici
  • Betik / nenas / tembikai
  • Nangka / Cempedak

Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas

  • Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
  • Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.
  • Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.
  • Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan. 
SUMBER ARTIKEL

Saturday, January 15, 2011

Gangguan mental selepas bersalin

Pengenalan

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
  • Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan postpartum atau meroyan
  • Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum
  • Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
  • Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
  • Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

Tanda-tanda dan gejala

Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
  • Mudah menangis
  • Mudah melenting
  • Gelisah
  • Kurang penumpuan
  • Kurang selera makan dan gangguan tidur
Kemurungan postpartum
  • Perasaan murung
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
  • Salah faham akan kehendak bayi
  • Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
  • Gangguan tidur dan perubahan selera makan
  • Mudah resah
  • Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
  • Perasaan dan kelakuan yang pelik
  • Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Komplikasi

Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan bayi mereka.

Rawatan

Gangguan emosi ringan postpartum
  • Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuan dalam mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawa ibu untuk berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakin teruk.
Kemurungan postpartum
  • Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapi sokongan dan terapi kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu. Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.
Psikosis postpartum
  • Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini.


Pencegahan

Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.


Rehabilitation

Kemurungan postpartum (kemurungan)
Psikosis postpartum (Skizofrenia)

Kumpulan sokongan

www.postpartum.net

SUMBER ARTIKEL

Friday, January 14, 2011

Ketum

Pengenalan

Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.
Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

Tanda-tanda dan gejala

Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.

Kesan dan akibat

Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

Thursday, January 13, 2011

Masalah seksual

 Pengenalan

Masalah seksual timbul apabila seseorang itu gagal untuk menikmati kepuasan dalam aktiviti seksual. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila seseorang itu telah berusia atau mempunyai pelbagai penyakit fizikal.
Antara punca kepada masalah seksual termasuk:
  • Penyakit fizikal seperti kencing manis, penyakit ginjal, penyakit di sekitar kawasan organ peranakan dan kemaluan serta kecederaan.
  • Penyakit mental seperti kemurungan, resah dan takut, selepas trauma, tekanan dan sebagainya.
  • Penggunaan arak, dadah atau merokok
  • Faktor sosial
  • Kesan sampingan ubat
  • Putus haid

Gejala dan tanda-tanda amaran

Antara masalah seksual yang sering dialami termasuk:
  1. Hilang nafsu syahwat
  2. Lelaki:
  3. Perempuan:
    • Sakit semasa melakukan persetubuhan
    • Gagal mencapai kemuncak

Kesan dan akibat

Masalah seksual boleh memberi kesan yang mendalam kepada perhubungan suami isteri. Ia boleh mengakibatkan perasaan rendah diri, hilang keyakinan diri, resah-gelisah yang boleh merencatkan lagi keintiman hubungan seksual pasangan berkenaan. Ramai pasangan menjadi murung akibat daripada masalah seksual yang dialami.

Rawatan

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah seksual
  • Mendapatkan bantuan pakar
  • Doktor boleh menjalankan beberapa pemeriksaan bagi menentukan punca masalah seksual.
  • Kaedah rawatan yang diberikan banyak bergantung kepada punca masalah seksual yang dialami.
  • Penglibatan positif pasangan amat penting di dalam menentukan kejayaan mengatasi masalah seksual yang dialami

Pencegahan

Masalah seksual boleh dicegah melalui beberapa pendekatan berikut:
  • Amalkan gaya hidup yang sihat - hindari rokok atau menyalah guna dadah atau arak; kawal berat badan; elakkan sebarang kecederaan pada anggota badan.
  • Patuhi nasihat dan rawatan yang diberikan bagi merawat penyakit fizikal atau mental.
  • Amalkan kehidupan seksual yang sihat dan selamat
  • Kendali stres atau tekanan secara berkesan(Pengurusan stres)

Pemulihan

  1. Senaman menguatkan otot-otot pinggul
  2. Teknik relaksasi
SUMBER ARTIKEL

Wednesday, January 12, 2011

Masalah tidur

Pengenalan

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.
Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
  • Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala

  • Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
  • Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
  • Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat

Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
  • Cepat menjadi marah
  • Sukar mengawal emosi
  • Sukar memberi tumpuan/perhatian
  • Kemungkinan boleh membuat kesilapan
  • Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatan

Dapatkan bantuan profesional
  • Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
  • Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
  • Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan

Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
  • Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
  • Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
  • Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

Rehabilitasi

Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
  • Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
  • Catit jumlah jam dan kualiti tidur
  • Masa masuk dan bangun dari tidur
  • Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
  • Perasaan anda
Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

SUMBER ARTIKEL