Wang Panas

Tuesday, January 11, 2011

Akne / jerawat

Apa itu akne?

Akne juga dikenali sebagai jerawat.


Bagaimana akne terjadi?

Akne terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acnes)


Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?

Ini merupakan satu mitos.
Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.


Apakah rupa akne?

Terdapat beberapa jenis akne iaitu :
  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
  • Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut
jerawat


Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?

Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:
  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium


Siapa yang boleh mendapat akne?

Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.


Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?

Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine


Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?

Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk akne yang sederhana.
  • Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  • Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki

Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
  • Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain



Adakah akne boleh meninggalkan parut?

Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.
Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.
Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).


Bolehkan parut akne dirawat?

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut


Bolehkah saya mencegah akne?

Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:
  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi
SUMBER

Monday, January 10, 2011

Memahami remaja

Adakah saya seorang remaja?

Ya, jika anda :
  • Berumur di antara 10 hingga 19 tahun.
Zaman remaja merupakan "tempoh peralihan" dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.

Mengapa tubuh saya mengalami perubahan?

Hormon bertanggungjawab terhadap perubahan tubuh semasa remaja.

Apakah perubahan fizikal yang saya alami?

Lelaki
Perempuan
Tumbesaran badan
Tubuh kita membesar dan ia berlaku dengan pantas
  • Bermula pada umur 12-13 tahun
  • Memuncak pada umur 14 tahun
  • Berhenti membesar pada umur 18 tahun
  • Purata ketinggian adalah 10.5 sentimeter setahun
  • Purata ketinggian yang dicapai adalah 28 sentimeter
  • Dipengaruhi oleh hormon lelaki iaitu
    androgen
  • Bermula pada umur 10 - 11 tahun
  • Memuncak pada umur 12 atau 13 tahun
  • Berhenti membesar pada umur 17 atau 18 tahun
  • Purata halaju ketinggian adalah 9 sentimeter setahun
  • Purata ketinggian yang dicapai adalah 25 sentimeter
  • Dipengaruhi oleh hormon perempuan iaitu estrogen
Perubahan bentuk badan
  • Bahu berotot dan sasa
  • Peningkatan stamina dan kekuatan
  • Bentuk payudara, paha dan punggung semakin
    membesar dan menonjol
Pertumbuhan bulu badan
  • Ketiak
  • Kawasan kemaluan
  • Misai dan janggut

  • Ketiak
  • Kawasan kemaluan
Lain-lain
  • Kulit semakin kasar dan berminyak
  • Jerawat mungkin tumbuh
  • Kulit semakin lembut dan berminyak
  • Jerawat mungkin tumbuh


sumber

Saturday, January 8, 2011

Senaman dan Kesihatan




Pengenalan

Definisi Senaman

Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan .

Kurang Bersenam

Ianya boleh menyebabkan:-
  • Kegemukan; 1 dalam 4 kanak-kanak Malaysia adalah gemuk
  • Diabetes melitus Jenis 2
  • Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar

Faedah Bersenam

  • Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot
  • Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan
  • Membina tulang yang sihat
  • Penambahbaikan kelenturan sendi
  • Pengekalan mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.
  • Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres
  • Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera

Senaman Secara Intensif

Senaman aerobik adalah baik untuk kanak-kanak seperti:-
  • berenang
  • bermain bolasepak
  • bermain tenis
Bagi kanak-kanak yang tidak aktif , adalah disarankan untuk bersenamlah selama 30 minit sehari dan tingkatkan sehingga satu jam secara beransur-ansur

Senaman yang Selamat

  • Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa
  • Guna peralatan keselamatan seperti topi keledar, kaca mata yang menghalang kemasukan air (goggle), pelindung mulut, pelapik dan sebagainya.
  • Elakkan dari bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan.
  • Pastikan minum air secukupnya sebelum dan selepas senaman bagi mengantikan cecair yang hilang melalui peluh. Elak mengambil air berkabonet.
  • Elakkan dari bersenam di persekitaran yang tidak sesuai seperti tempat yang gelap, cuaca yang panas dan udara yang tercemar.
  • Jangan terus mandi selepas senaman. Tunggu sehingga badan menjadi sejuk dan tidak berpeluh.
  • Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika berbasikal atau berjoging pada waktu subuh atau malam.
  • Jika berjoging di jalanraya lakukannya dengan berlari berlawan arah lalulintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang menuju ke arah anda. Elak bersenam di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.

Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman

Sebab-sebab:-
  • Memanaskan otot
  • Menambahkan peredaran darah ke otot

Bagaimana untuk memanaskan badan?

Terdapat tiga peringkat yang penting:
  • Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit, mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
  • Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi tidak sehingga mencederakan otot
  • Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang bertenaga tinggi.

Sesi penyejukkan badan selepas senaman

Sebab-sebab:
  • Merehatkan otot
  • Membuang bahan perkumuhan
  • Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
  • Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
  • Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman
sumber

Friday, January 7, 2011

Tips penjagaan mental yang baik

Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik


Mengamalkan cara hidup sihat

  • Makan makanan seimbang
  • Mengekalkan berat unggul
  • Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
  • Cukup tidur dan rehat

Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)

  • Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
  • Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai.
  • Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.

Berfikir dengan positif

Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.

Buat keputusan secara bijak.

  • Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
  • Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
  • Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.

Cari kawan

  • Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
  • Menghormati pandangan mereka dan bersabar.

Dengar suara hati anda

  • Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
  • Suara hati/perasaan akan memberitahu anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
    • Mencari teman bila kesunyian.
    • Menangis bila bersedih.
    • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
  • Keseorangan
  • Disayangi
  • Ketakutan
  • Kesedihan.
  • Tiada upaya
  • Malu
Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan anda.

Belajar menangani kritikan dengan baik.

  • Kritikan yang jujur dan membina memberi maklum balas tentang diri anda bahawa anda:
    • Ambil tahu tentang orang lain atau
    • Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
    • Anda didatangi masalah.
Anda boleh belajar menerima kritikan dan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk diubah.
Bila anda dikritik, anda boleh:
  • Berada dalam keadaan santai
    • tarik nafas panjang
    • nyatakan atau lafazkan perkataan "tenang" (relax).
    • bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat.
Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.
► Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
  • Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
  • Memohon maaf.
  • Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.
► Jika kritikan tepat tetapi tidak membina :
  • Akui kesilapan
  • Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
  • Ambil langkah pembetulan.
► Jika kritikan tidak tepat :
  • Dapatkan maklumat lanjut
  • Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.
► Jika kritikan tidak mesra, dan ketepatannya merupakan hanya satu pandangan :
  • Cari jalan persetujuan.
  • Minta pendapat dan cadangan.
Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran. Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.
[Atas]

Belajar menjadi diri sendiri

  • Buang keinginan supaya semua orang menyukai anda.
  • Buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau anda telah gagal.
  • Buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat.
Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat, anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.

Belajar untuk menyukai diri sendiri.

  • Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
  • Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
  • Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
  • Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
  • Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.

Belajarlah berkata "TIDAK"

Berkata "TIDAK" seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri.
Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.

Rancang masa anda dengan baik.

  • Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
  • Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.

Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup.

Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.

Bina keluarga bahagia.

  • Mesra, kasih, sayang, dan berbudi bahasa kepada ahli keluarga anda.
  • Beri mereka sokongan sewaktu diperlukan.
  • Luangkan sedikit masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama keluarga.
  • Rumah kami syurga kami - Jadikan rumah anda tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.

Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari profesional bila diperlukan.

Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelesaian untuk anda.

Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.

  • Sentiasa pasrah
  • Sentiasa jujur tanpa prasangka.
  • Berhati mulia.

Thursday, January 6, 2011

Pengurusan Pemakanan untuk Penyakit Darah Tinggi/Hipertensi

Pengenalan

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
  • Garam / natrium
  • Berat badan
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)
Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza. Sila rujuk jadual.

Menambah Perisa Dalam Makanan

  • Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda.
  • Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
  • Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.

Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas

  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Semakan akhir : 14 Julai 2006

sumber

Wednesday, January 5, 2011

Kesihatan mental

Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?

  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
    • Selesa dengan diri sendiri
    • Selesa dengan orang lain
    • Selesa dengan persekitaran
    • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik

Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?

Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.

Monday, January 3, 2011

kesihatan diri

Kesejahteraan hidup mampu dicapai jika kesihatan diri dijaga dengan sempurna..... disini saya akan cuba mengupas kepelbagaian cara untuk menjaga kesihatan diri dengan optimum......