Wang Panas

Saturday, February 5, 2011

Ekstasi

Apakah itu ekstasi?

Ekstasi
  • Adalah dadah sintetik yang diharamkan
  • Mempunyai kesan yang sama seperti dadah perangsang dan dadah yang mengkhayalkan
  • Kerap digunakan di kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam
  • Ia juga dikenali sebagai - "club drug", "love drug" dan "dance drug"
  • Ia boleh menyebabkan ketagihan

Bagaimana ekstasi menjejaskan tubuh anda?

  1. Kesan jangka pendek yang positif :
    • Perasaan gembira yang amat sangat
    • Mudah bergaul
    • Bertambah tenaga
    • Rasa selesa dan rapat dengan orang lain
    • Amat seronok dengan muzik
  2. Kesan jangka pendek yang negatif :
    • Loya
    • Seram-sejuk
    • Berpeluh
    • Peningkatan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah
    • Mengetap gigi tanpa disedari
    • Kejang otot
  3. Kesan jangka panjang yang negatif :
    • Merasa cemas
    • Keadaan paranoia
    • Kekurangan air
    • Kemurungan
    • Kegagalan jantung atau buah pinggang
    • Hilang ingatan

Adakah ekstasi merbahaya?

Ekstasi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan :
  • Ketagihan
  • Masalah mental seperti kemurungan dan khayalan
  • Kerosakan pada otak dan saraf
  • Kerosakan pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang
  • Kecederaan akibat keganasan atau kemalangan
  • Masalah merokok dan minum arak
  • Kematian

Ia juga boleh menyebabkan seseorang :
  • Terdedah kepada seks yang tidak selamat dan tidak diingini
  • Ditahan polis kerana melanggar undang-undang akibat penggunaan dadah yang diharamkan

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dengan ekstasi?

  • Dapatkan bantuan dan sokongan dari ibubapa, guru, kaunselor, pembimbing rakan sebaya atau doktor
  • Anda hendaklah tegas dengan pendirian anda dan katakan "tidak" kepada gejala ini
  • Untuk maklumat lanjut, link kepada : modul penyalahgunaan dadah dan ketegasan atau laman web yang berkaitan.
SUMBER ARTIKEL

No comments:

Post a Comment