Pengenalan
Objektif pengurusan pemakanan;- Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal
- Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
- Untuk mengelakkan komplikasi diabetis
- Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan
- Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
- Kumpulan 3 : Makanan yang boleh diambil secara bebas
Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan
- Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
- Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
- Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau)
- Gula-gula, kuih manis, kek, coklat.
- Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis.
- Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.
Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
Item Makanan |
Bijirin dan hasil bijirin
|
Kekacang
|
Susu dan hasil susu
|
Buah-buahan
|
Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas
- Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
- Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.
- Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.
- Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.
No comments:
Post a Comment