Wang Panas

Thursday, February 17, 2011

Penyakit Biasa Bagi Warga Emas : kencing manis 3

 Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.

Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).

  • Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).

Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

  • Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
    • Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
    • Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
    • Otak-angin ahmar (strok).
    • Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
    • Jantung- serangan jantung.
Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.

SUMBER BERITA

Wednesday, February 16, 2011

Penyakit Biasa Bagi Warga Emas : kencing manis 2

 

Tanda dan gejala

  • Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
    • Kabur penglihatan.
    • Penyakit kulit yang berterusan.
    • Luka lambat sembuh.
    • Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
    • Kebas kaki.
  • Tanda-tanda lain termasuk:
    • Dahaga.
    • Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
    • Letih dan lesu.
    • Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
    • Kelemahan otot.
    • Kegatalan tanpa ruam.

Faktor-faktor risiko Diabetis

  • Berlebihan berat badan / kegemukan.
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  • Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  • Peningkatan umur.
  • Bangsa - Kaum India  mempunyai lebih risiko mendapat diabetes. 
SUMBER BERITA

Tuesday, February 15, 2011

Penyakit Biasa Bagi Warga Emas : kencing manis

 Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Pengenalan:

The Pankreas ,  adalah organ dalam tubuh   yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.
Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada:
  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II 
  • SUMBER BERITA

Monday, February 14, 2011

Penyakit biasa warga emas : Hipertensi 3

 Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
  • Rawatan tanpa ubatan
    • Anda perlu mengubah cara hidup seperti
      • Kurangkan pengambilan garam
      • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
      • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
      • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
      • Hindari stress
  • Rawatan Ubatan 
SUMBER ARTIKEL

Sunday, February 13, 2011

Penyakit biasa warga emas : Hipertensi 2


Penyebab-penyebab

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda & dan gejala

  • Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah. 
SUMBER ARTIKEL

Saturday, February 12, 2011

Penyakit biasa warga emas : Hipertensi 1

Pengenalan

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal

Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90

SUMBER ARTIKEL

Thursday, February 10, 2011

Arak / Minuman Keras / Alkohol 4

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?

Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
  • Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
  • Menunjukkan perilaku yang ganas.
  • Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
  • Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
  • Gagal untuk berhenti dari terus minum
  • Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
  • Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
  • Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?

Anda sepatutnya :
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
  • Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
  • Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda
  • Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
  • Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
  • Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

  • Dapatkan pertolongan secepat mungkin
  • Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

    SUMBER ARTIKEL