Penyebab-penyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda & dan gejala
- Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
- Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
- Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
No comments:
Post a Comment