Komplikasi-komplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
- Peningkatan mendadak tekanan darah
- Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
- Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
- jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
- pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
- buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
- mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
- Rawatan tanpa ubatan
- Anda perlu mengubah cara hidup seperti
- Kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress
- Rawatan Ubatan
SUMBER ARTIKEL
No comments:
Post a Comment