Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :- Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
- Menunjukkan perilaku yang ganas.
- Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.
Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
- Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
- Gagal untuk berhenti dari terus minum
- Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
- Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
- Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
- Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
- Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda
- Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
- Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
- Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
- Dapatkan pertolongan secepat mungkin
- Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan
SUMBER ARTIKEL
No comments:
Post a Comment